Kamis, 19 Februari 2009

HokaGe

The Emolution

My Prinsip

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkawinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran


Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.


Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.